KINABATANGAN: Seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas lori sampah yang dipandu terbabas dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah di Kota Kinabatangan di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Mohamad Izuan Mambasang, 39, maut akibat tersepit di bahagian pemandu manakala rakannya dikenali sebagai Ahmad Din Ahmad cedera dan Muhd Saufi Ahmad, 26, selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, seramai lima anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer dari balai.
"Kemalangan membabitkan sebuah lori sampah milik Majlis Daerah Kinabatangan yang terbabas sendiri dan terbalik.
"Dalam kejadian itu, pemandu tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Dua lagi rakan mangsa masing-masing dilaporkan cedera dan selamat telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 13 2024
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian pemandu lori sampah. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Kakitangan PBT maut, lori sampah terbabas
Seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas lori sampah yang dipandu terbabas dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah di Kota Kinabatangan.